Kenyataan Berkecuali Iraq Punca Komoditi Ini Kehilangan Tenaga

38

Harga minyak mentah jatuh di Asia pada hari Selasa sementara pelabur masih menilai peluang untuk memuktamadkan prospek pembekuan bekalan oleh OPEC. Permintaan US Dollar yang semakin mengukuh juga memukul pergerakan minyak mentah dalam sesi ini.

Minyak mentah AS didagang menurun sebanyak 0.10%.

Semalam, kenyataan Iraq untuk dikecualikan daripada mana-mana perjanjian pembekuan bekalan oleh OPEC telah membunuh pergerakan minyak mentah.

Di ICE, Brent juga diniaga melemah.

Pada 30 November ini, OPEC bakal mengadakan mesyuarat untuk membekukan bekalan seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat tidak rasmi yang lepas.

Walau bagaimanapun, penganalisis pasaran masih meragui sama ada perjanjian itu akan mencapai sebarang keputusan muktamad atau tidak.

Sementara itu, harga minyak hari ini terus melemah berikutan pengukuhan berterusan oleh matawang Greenback.

Moshed.com Kongsikan Teknik Hedging Yang Jarang Sifu Forex Diluar Sana Kongsi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat