Kenyataan Polisi Bank Pusat New Zealand, Nilai NZD Yang Rendah Adalah Perlu

59

Bank pusat New Zealand (Reserve Bank of New Zealand, RBNZ) mengekalkan kadar faedah rasmi pada 1.75% dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 5 pagi Khamis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Gabenor RBNZ Graeme Wheeler, beliau mengatakan, pertumbuhan ekonomi global semakin menyeluruh sejak beberapa suku tahunan lepas. Walaubagaimanapun, inflasi dan kadar gaji kekal rendah di beberapa negara maju.

Wheeler dalam kenyataan berkata hasil-bon masih rendah, perbezaan hasil-bon (credit spread) semakin kecil dan harga ekuiti masih di paras terendah. Polisi monetari dijangka kekal akomodatif di beberapa negara maju ketika ini.

Indeks dolar New Zealand telah meningkat sejak mesyuarat Mei yang juga disebabkan oleh faktor kelemahan US dolar. Nilai NZD yang lebih rendah adalah perlu untuk meningkatkan kekompetitifan (competitiveness) seterusnya membantu pertumbuhan yang lebih stabil.

Pertumbuhan (GDP) pada suku pertama lebih rendah daripada jangkaan di mana GDP dijangka akan terus meningkat di masa hadapan yang disokong oleh polisi monetari akomodatif, pertumbuhan populasi yang tinggi, peningkatan perdagangan dan rangsangan fiskal yang telah digariskan pada Bajet 2017.

Inflasi dalam harga rumah kekal sederhana berikutan polisi dalam pinjaman, halangan dari segi kemampuan dan juga pengetatan dalam kredit domestik.

Harga pengguna (CPI) tahunan merosot pada suku kedua tetapi kekal dalam julat-sasaran. Inflasi dijangka akan merosot dalam tempoh suku tahunan akan datang berikutan kesan daripada harga tenaga dan makanan yang semakin berkurangan.

Akhir sekali, Wheeler menegaskan bahawa polisi monetari akan kekal akomodatif (menyokong aktiviti ekonomi) di masa akan akan datang. Banyak ketidaktentuan ketika ini dan polisi mungkin akan diubah mengikut keadaan semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat