Kenyataan Powell Penyebab USD Terkulai, PM May Pimpin Sterling Ke Puncak

838

Matawang dolar USD mengalami kejatuhan nilai yang ketara pada dagangan Rabu berikutan kenyataan daripada Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell yang mengulangi semula bahawa bank pusat akan terus kekal bersabar untuk dasar monetari mereka. Ini memberi isyarat bahawa peratusan untuk kadar faedah dinaikkan sangat rendah.

USD didagangkan ke paras terendah tiga minggu dan memberi peluang untuk matawang utama yang lain mencatatkan kenaikan berbandingnya.

Powell dalam kenyataannya semalam berkata, risiko yang semakin meningkat serta data ekonomi yang lemah akan memberi bebanan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun ini dan bank pusat akan bersabar untuk menunggu waktu yang sesuai untuk meneruskan kembali langkah kenaikan kadar.

Untuk data ekonomi pula, data perumahan Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam mencatatkan angka yang menurun berbanding bacaan sebelumnya dan memberi isyarat sektor pembinaan yang lemah. Namun, data tinjauan keyakinan pengguna yang dikeluarkan selepasnya mencatatkan angka yang meningkat.

Sementara itu, Pound Sterling pula mencuri peluang untukt terus meningkatkan nilai dagangannya semalam selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May telah menawarkan para penggubal undang-undang peluang untuk mengundi Brexit dilanjutkan, menguatkan lagi jangkaan untuk UK mengelak daripada situasi pengunduran dari Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Laporan tersebut telah kembali meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dagangan Sterling dengan jangkaan bahawa situasi ‘hard-Brexit’ tidak akan berlaku. Sterling Berjaya mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi 21 bulan berbanding Euro pada dagangan semalam.

Matawang dolar AUD pula berjaya untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran pada dagangan sesi New York semalam. Namun, kebimbangan terhadap dagangan Aussie masih membayangi para pelabur ekoran bank pusat Asutralia yang berkemungkinan akan menurunkan kadar faedah di Australia dan membuatkan Aussie berisiko sejak awal Februari ini.

Namun, perkembangan semasa pada rundingan dagang antara Amerika dan China yang positif berjaya menyokong pengukuhan Aussie buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat