Kenyataan Terbaru Trump Akan Sokong Semula Lonjakan AUD/USD?

408

Setelah kembali semula menjalankan tugas di White House, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump nyata telah membuatkan pasaran bergelora susulan kenyataan agresif beliau di laman sosial Twitter berhubung keputusan untuk menghentikan perbincangan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS.

Pasaran saham dan komoditi kembali tertekan dengan sentimen pasaran yang kembali berisiko semula.

Matawang dolar Australia terus terkesan dengan sentimen risk-off pasaran menambahkan lagi tekanan selepas mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia pada Selasa yang melihatkan penyusutan dolar Aussie.

Pada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga yang telah membuat penurunan di sesi Asia terus menyambung penurunan sehingga penghujung sesi New York dengan penurunan harian dicatatkan sekitar 100 pips.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga menguatkan lagi jangkaan untuk harga meneruskan penurunan.

Namun, sesi Asia pada Rabu melihatkan harga menunjukkan corak kenaikan semula selepas kenyataan terbaru Trump di laman Twitter beliau yang menggesa bantuan diluluskan segera bagi sektor penerbangan dan perniagaan kecil.

Harga pada carta AUD/USD kembali membuat kenaikan dari paras 0.71000 ke paras 0.71300 menguji zon minor SBR (support become resistance).

Dengan ketidaktentuan pada perbincangan pakej rangsangan ekonomi AS, sentimen berisiko pasaran bakal terus menekan harga lebih rendah semula menuju zon RBS 0.70800.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula ke zon support di atas paras 0.70000.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan pada sesi Asia dan melepasi halangan MA50, kenaikan lebih tinggi dijangka akan ke paras resistance 0.72000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat