Ketika NFP, GBP/USD Terjun 150 Pips Sebelum Lonjak 150 Pips Semula!

131

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD memaparkan reaksi menarik ketika terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York Jumaat lalu.

Jika diperhatikan, harga pada Khamis telah pun membuat lonjakan sehingga mencapai paras ketinggian pada 1.23000.

Menyambung dagangan pada Jumaat, harga berlegar di ketinggian tersebut sebelum menjunam sekitar 150 pips sebaik sahaja laporan NFP diterbitkan.

Mencecah hingga sekitar 1.21500, harga melonjak semula 150 pips untuk menutup dagangan di sesi terakhir minggu itu di paras 1.23000 semula.

US dolar mengukuh pada reaksi awal laporan diterbitkan dengan bacaan ‘hijau’, namun mengakhiri dagangan di penghujung sesi dengan lemah apabila diteliti keseluruhan komponen data yang agak bercampur.

Jika diteliti, harga juga telah melantun setelah menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk menunjukkan isyarat pergerakan harga yang masih bullish.

Corak bullish harga diteruskan pada pembukaan pasaran awal minggu ini apabila harga meneruskan kenaikan melepasi rintangan 1.23000 di sesi Asia.

Penganalisis melihat kenaikan harga akan menuju ke paras 1.24000 sebelum dilanjutkan pula ke sekitar 1.25000 yang berada lebih tinggi.

Kenaikan harga minggu ini akan mencatatkan paras ketinggian terbaru harga bagi tempoh dagangan 6 bulan.

Namun, pelabur tetap perlu bersedia jika perubahan arah berlaku semula dalam pasaran apabila harga mula bergerak di bawah paras 1.23000.

Jangkaan bagi penurunan harga akan melihatkan zon 1.22000 akan diuji minggu ini sebelum memberikan isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan yang dilanjutkan seterusnya akan menuju ke sekitar 1.21000 dan juga 1.2000 yang merupakan paras-paras tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat