Avalanche Bakal Kuasakan Perkhidmatan Infrastruktur Cloud Alibaba Di Asia

69

Anak syarikat gergasi China Alibaba, Alibaba Cloud atau lebih dikenali sebagai Aliyun dilaporkan telah berjaya memeterai perjanjian bersama Avalanche bagi menggerakkan Node-as-a-Service* syarikat tersebut.

*Perkhidmatan yang menyediakan akses dan penyelenggaraan kepada nod yang dikongsi dan khusus untuk berbilang blokchain dan rangkaian

Kerjasama berikut dikatakan akan memberi pelbagai manfaat kepada para pengguna yang mengaplikasikan pembaharuan itu.

Antaranya, pengguna bukan sahaja diberi peluang melaksanakan nod validator pada platform Avalanche di Asia malah pembangun Avalanche dapat lancarkan validators baharu melalui infrastruktur terkini Alibaba Cloud.

Sementara itu, sumber tambahan yang ditawarkan oleh Alibaba Cloud seperti pengkomputeran, penyimpanan serta pengedaran turut diberi kepada para pembangun yang menjangkakan akan terdapat permintaan sumber tinggi pada masa hadapan.

Hal ini berikutan kerana Avalanche merupakan antara platform terbesar yang telah memproses sekitar $2 juta transaksi setiap hari dengan mempunyai lebih 1,200 validator manakala Alibaba Cloud adalah penyedia perkhidmatan Asia terbesar di rantau Asia-Pasifik.

Tambahan informasi berkaitan Avalanche, mereka turut menguasai 1,000 projek seperti ekosistem kewangan decentralized (DeFi) yang telah wujudkan Aave, Curve, BENQi, Sushi dan Chainlink.

Berbalik kepada Alibaba Cloud pula, syarikatnya telah menawarkan kredit kepada pembangun Avalanche sebagai sebahagian daripada usaha perjanjiannya dengan Avalanche.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat