Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut! Ini Apa Sebenarnya Berlaku

216

‘Biasalah pertengahan tahun kurang aktif sangat dagangan saham ni.’

Laporan pendapatan suku ke-3 Bursa Malaysia Bhd yang berakhir 30 September 2022 (Q3 FY22) menyaksikan penyusutan sebanyak 37%.

Meneliti laporan yang diterbitkan, keuntungan bersihnya susut 37.3% pada RM50.13 juta dari RM79.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu ekoran hasil dagangan sekuriti yang rendah.

Diperjelaskan bahawa hasil operasi bagi segmen pasaran sekuriti Bursa merosot dari RM140.7 juta kepada RM100.4 juta yang membawa pengecutan keuntungan sebanyak 34.9% tahun ke tahun pada RM76.5 juta.

Ia secara tidak langsung juga menarik turun segmen keuntungan pada suku ini sebanyak 26% pada RM94.6 juta dari RM127.9 juta.

Menyentuh hasil syarikat, jumlahnya merudum dari RM173.98 juta kepada RM140.36 juta dengan hasil dagagan merosot 40.5% tahun ke tahun pada RM55.8 juta.

Digariskan bahawa penurunan tersebut berlaku apabila nilai dagangan harian Bursa bagi pasaran pelabur dan pelaburan perniagaan terus mengalami kejatuhan 42.1% tahun ke tahun pada RM1.75 juta suku ini.

Secara keseluruhan, bagi tempoh kewangan 9 bulan lepas keuntungan bersih Bursa turun 38.8% tahun ke tahun pada RM177.57 dan hasil susut 24% pada RM457.54 juta.

Dalam pada itu, saham Bursa Malaysia Bhd dilihat jatuh ketika sesi dagangan awal pagi ini dengan kaunter tersebut turun 1.4% (9 sen) pada RM6.36 sementara 54,500 saham bertukar tangan setakat 10 pagi.

Sungguhpun begitu, ulas Kenanga Investment Bank Bhd bahawa Q4 bakal mencatat semula pengukuhan memandangkan terdapat pilihan raya umum yang dijangka menambah volum purata harian pembelian.

Asas tersebut dicapai berdasarkan sejarah terdahulu yang menyaksikan peningkatan aktiviti dagangan menjelang pilihan raya umum lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat