Keuntungan Sektor Perindustrian China Melonjak, Kelemahan Permintaan Kekal Jadi Risiko

186

Keuntungan di firma perindustrian China pada bulan November dicatatkan meningkat pada kadar paling cepat dalam tempoh 8 bulan selepas mengalami penurunan 3 bulan berturut-turut, disokong oleh kenaikan dalam jumlah pengeluaran dan jualan. Bagaimanapun, kelembapan permintaan tempatan kekal menjadi risiko untuk keuntungan pada tahun depan.

Biro Statistik Kebangsaan (NBS) menunjukkan data keuntungan industri naik 5.4% pada bulan November daripada tahun sebelumnya kepada 593.9 bilion yuan dan penurunan 9.9% pada bulan Oktober yang merupakan kejatuhan terbesar sejak 2011.

Pada tahun lepas, sektor perindustrian China telah menghadapi tekanan berterusan ekoran kelemahan permintaan domestik dan pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat yang turut menjejaskan pertumbuhan global.

Bagaimanapun, aktiviti perkilangan kembali mencatat pertumbuhan pada bulan November untuk kali pertama dalam tempoh tujuh bulan susulan daripada langkah-langkah rangsangan yang diambil oleh China untuk kestabilan pertumbuhan.

Pada Januari hingga November, firma perindustrian meraih keuntungan sebanyak 5.61 trilion yuan, susut 2.1% daripada tahun sebelumnya, tetapi lebih baik daripada kejatuhan 2.9% pada 10 bulan pertama.

Pegawai NBS memberitahu bahawa pengembangan itu sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran dan jualan yang lebih cepat, namun begitu pemulihan tersebut bukan petunjuk kepada pemulihan yang berterusan.

Ekonomi China dikatakan sedang berkembang pada kadar yang paling perlahan dalam hampir 30 tahun dan mungkin menghadapi tekanan yang lebih besar pada tahun depan. Susulan itu, China merancang untuk menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah sekitar 6% pada tahun 2020.

Dolar Aussie yang diniagakan tinggi berbanding USD terus memanjangkan pengukuhannya menghampiri paras tertinggi lima bulan dengan disokong oleh peningkatan dalam keuntungan industri China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat