Kisah Kejayaan Wanita Paling Senior Di Wall Street

458

Sallie Krawcheck dilahirkan pada 28 November 1964 dan dibesarkan di Carolina Selatan. Bapanya, Leonard Krawchech merupakan seorang peguam dan berkhidmat sebagai salah seorang ahli Dewan Rakyat SC daripada tahun 1967 hingga 1970.

Ketika berada di bangku sekolah rendah, beliau berketerampilan sedikit berbeza daripada rakan-rakannya. Memakai cermin mata, pendakap gigi dan sepasang kasut ‘corrective’ yang khusus untuk masalah tulang yang dihadapi. Namun begitu, beliau telah dianugerahkan sebagai ‘homecoming queen’ ketika berada di sekolah menengah.

Seterusnya, Krawcheck menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di University of North Carolina, dan berjaya memperoleh ijazah dalam bidang kewartawanan dan komunikasi massa pada tahun 1987. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah menceburi bidang tersebut, sebaliknya menyambung pengajiannya dalam ijazah sarjana di Columbia Business School.

Pada 1897, beliau telah memulakan kerjayanya di Wall Street sebagai salah seorang penganalisis junior bersama Salomon Brothers. Namun begitu, pasaran saham telah berdepan dengan krisis setelah 2 bulan beliau bekerja.

Beberapa lama kemudian, Krawcheck memilih untuk berhenti bekerja apabila telah disahkan mengandung. Akan tetapi, beliau menyedari bahawa beliau memerlukan pekerjaan lalu kembali ke Wall Street dan bekerja sebagai penganalisis ekuiti di Stanford C. Bernstein.

Berikutan dengan prestasi pekerjaannya yang membanggakan, beliau telah dilantik sebagai ketua eksekutif di syarikat berkenaan. Pada tahun 2001, Krawcheck berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Citi dan mengendalikan sebuah unit bank Smith Barney. Melalui perkhidmatannya, beliau menerima bonus sebanyak $7 juta sebagai tambahan kepada gajinya beserta dengan faedah-faedah lain yang diperolehi.

Sehubungan dengan itu, kerjaya Krawcheck semakin berkembang. Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kewangan dan Ketua Strategi untuk Citi Bank serta memjual Travelers Life Insurance dan Citi Asset Management. Setelah itu, beliau dilantik sebagai ketua pengurusan kekayaan bank tersebut.

Malangnya, konflik yang tercetus antara beliau dan CEO syarikat tersebut telah menyebabkannya meletak jawatan pada 2008.

Setahun kemudian, Krawcheck telah menerima tawaran bekerja daripada Bank of America dan menguruskan usahasama bank dengan Merill Lynch. Selepas 2 tahun perkhidmatannya, beliau memutuskan untuk berehat seketika.

Pada tahun 2013, beliau bekerja di 85 Broads Unlimited LLC dan memulakan rangkaian yang dikenali sebagai Ellevate Network serta berkhidmat sebagai pengerusi.

Berdasarkan pengalamannya, Krawcheck berpendapat bahawa golongan wanita perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam dunia pelaburan. Oleh yang demikian, beliau telah menubuhkan sebuah platform pelaburan yang khusus buat wanita, Ellevest.

Ellevest telah mencatatkan perkembangan sebanyak 10% setiap bulan. Selain itu, ianya juga memiliki seramai 75 orang kakitangan dan menguruskan sebanyak $280 juta aset. Hebat!

Rentetan daripada kejayaannya itu, Sallie Krawcheck mula dikenali bahkan bergelar wanita paling senior di Wall Street.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat