Krisis Geopolitik US-Korea Utara Reda, Usaha China Selesaikan Konflik Dengan Aman

72

Dolar meningkat sedikit pada pembukaan pasaran Eropah berbanding matawang utama yang lain selepas pasaran bergerak volatile sepanjang minggu lepas dan data Indeks keluaran dalam negara kasar (GDP) Jepun meningkat diluar jangkaan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.26% kepada 93.23 setakat jam 4.35 petang

Minggu lepas, dolar ditekan selepas laporan inflasi Jumaat lepas lemah diluar jangkaan, mengurangkan jangkaan para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah Fed untuk kali ketiga tahun ini.

Namun begitu, risiko krisis antara US dan Korea Utara semakin berkurangan. Presiden China Xi Jinping pada Sabtu lepas telah menghubungi Korea Utara bagi menyelesaikan isu nuklear mereka dengan aman dan menggesa supaya semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menegangkan kembali konflik tersebut.

Dolar juga mengukuh berbanding Swiss franc dengan USD/CHF meningkat 0.48% kepada 0.9663.

Yen dan Swiss frac melonjak tinggi pada minggu lepas, dengan peningkatan 1.47% (JPY) dan 1.14% (CHF) disebabkan oleh konflik US dan Korea Utara yang saling mengancam keselamatan negara masing-masing. Kedua-dua matawang ini sentiasa menjadi perhatian jika berlakunya tekanan geopolitik atau tekanan kewangan dunia kerana mempunyai lebihana akaun semasa yang tinggi.

Matawang Euro melemah berbanding US dolar, susut 0.25% kepada 1.1793 menjelang laporan pengeluaran Industri pada jam 5 petang nanti. Sterling pula turun 0.19% kepada 1.2984 dengan tumpuan kepada data inflasi UK esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat