Langkah Demi Langkah XRP Memanjat Semula

2,416

Nampaknya XRP seperti sudah bersedia untuk memulakan langkah pendakian setelah menjunam sehingga ke paras yang paling sukar untuk ditembusi pada dagangan sebelum ini sekitar $0.60-$0.70.

Walaupun sedang menunggu keputusan penuh persidangan SEC-Ripple yang masih berlanjutan sehingga beberapa minggu akan datang, XRP mampu membuat kenaikan untuk menguji paras harga $1.0 pada dagangan hari ini.

Para pelabur tegar XRP terus menunggu dan menantikan perkhabaran mengenai keputusan terakhir persidangan tersebut yang bakal menentukan hala tuju seterusnya yang bakal dicapai oleh XRP.

Pelabur masih berteka-teki sama ada paras $3.0 bakal tercapai pada tahun 2021, sebagaimana yang dijangkakan oleh kebanyakan para penganalisis XRP mengenai potensinya sebelum ini.

Melihat carta pergerakan harga XRP/USDT, harga sedang menguji paras SBR (support become resistance) sekitar $1.0 dan telah membuat kenaikan sehingga ke paras ketinggian $1.07 sebelum bergerak perlahan sekitar harga $1.0.

Adakah harga XRP mampu melonjak lebih tinggi lagi pada tahun ini setelah perbicaraan saman antara SEC dan Ripple selesai?

Sekiranya kenaikan harga berjaya menembusi paras SBR $1.0, paras SBR seterusnya sekitar $1.40 bakal diuji terlebih dahulu sebelum menuju ke paras resistance sekitar $1.60 dan $1.90 untuk jangkaan kenaikan yang lebih tinggi.

Jika jangkaan kenaikan tersebut tercapai, ia bakal menjadi penanda aras kepada XRP untuk pamerkan kenaikan yang lebih dahsyat lagi.

Situasi itu juga bakal memberikan ‘kemanisan’ kepada para pelabur tegar XRP yang selama ini telah menantikannya untuk mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan sekitar harga $3.0.

Sebaliknya, jika XRP kembali memberi kedukaan kepada para pelabur dengan membuat penurunan yang lebih rendah, mungkin paras sokongan sebelum ini sekitar $0.60 bakal menjadi tumpuan untuk diuji dan bakal dinilai sama ada zon sokongan tersebut mampu menyokong semula kenaikan harga.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga XRP telah melonjak melebihi 10% sebelum bergerak perlahan di sekitar harga $1.0.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat