Laporan Data Pekerjaan NFP Kukuh Lonjakkan USD!

557

Dolar Amerika Syarikat melonjak kukuh pada dagangan Jumaat lalu setelah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang memberangsangkan. Kadar pertambahan pekerjaan melonjak sehingga 224,000 pekerjaan untuk bulan Jun jauh lebih tinggi mengatasi jangkaan kenaikan pada 162,000 berbanding angka pertambahan bulan sebelumnya pada 72,000.

Angka yang memuncak tersebut berjaya mengukuhkan matawang USD untuk melonjak pada carta harga pasangan matawang utama walaupun data purata pendapatan dan kadar pengangguran mencatatkan bacaan yang sedikit mengecewakan.

Purata gaji per jam mencatatkan penurunan kepada kadar 0.2% berbanding jangkaan angka yang kekal pada 0.3% seperti bulan sebelumnya. Sementara, kadar pengangguran di Amerika Syarikat meningkat kepada 3.7% berbanding penurunan 3.6% pada bulan Mei sebelum ini.

Impak daripada laporan positif tersebut memberi kelegaan kepada Federal Reserve (Fed) dalam menentukan keputusan penetapan kadar faedah untuk mesyuarat polisi yang akan datang. Kebimbangan pelabur terhadap jangkaan penurunan kadar oleh Fed mula pudar.

Penganalisis berpendapat, berkemungkinan penurunan kadar oleh Fed masih akan berlaku. Namun penurunan dijangka tidak akan begitu dovish untuk mesyuarat Julai seperti yang dihebahkan sebelum ini seperti pemotongan sehingga 50 mata asas pada kadar faedah semasa.

Secara kesimpulannya, laporan data pekerjaan NFP AS adalah kukuh. Faktor tersebut telah mendorong penekanan harga terhadap carta matawang utama seperti pada GBP/USD yang mencatatkan paras terendah harga yang baru untuk tahun 2019.

Turut dikeluarkan bersama pada Jumaat lalu adalah laporan data pekerjaan Kanada. Bacaa data menampilkan bacaan yang mengecewakan apabila kadar pertambahan pekerjaan di Kanada berkurang kepada 2,200 pekerjaan. Sementara kadar pengangguran pula meningkat kepada kadar 5.5% daripada penurunan 5.4% bulan lalu seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran.

Pelabur akan menjadikan laporan data pekerjaan yang dikeluarkan pada minggu lalu sebagai faktor sandaran untuk dagangan pada minggu ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat