Larangan Keluar Negara Bangkitkan Amarah Rakyat China

324

Langkah lebih ketat China untuk membendung penularan Covid-19 telah mencetuskan kemarahan rakyat, lebih-lebih lagi selepas ia menghalang orang ramai daripada meninggalkan negara itu.

Pentadbiran Imigresen Kebangsaan pada Khamis memberitahu ia akan mengehadkan perjalanan keluar yang tidak perlu untuk warga China dan mengetatkan kelulusan dokumen masuk dan keluar untuk mengelakkan virus dibawa masuk ke negara itu.

Walaupun arahan tersebut pernah dikeluarkan sebelum ini, pengulangan itu berpotensi menandakan lebih banyak penguatkuasaan dan telah menambah kekecewaan yang memuncak terhadap kesan yang ditanggung ekonomi dan sosial akibat polisi sifar Covid.

China terus bergelut untuk membendung wabak terburuk di mana penutupan di Shanghai telah memasuki minggu keenam dan Beijing pula berpotensi untuk melaksanakan tindakan yang sama.

Pengguna di Weibo, serta platform media sosial lain telah menularkan siaran yang mendakwa bahawa pihak berkuasa telah menggantung pengeluaran pasport bagi menghalang kemasukan warga asing.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh pentadbiran imigresen yang mengatakan ia tidak benar dan mengulangi bahawa orang ramai perlu meminimumkan aktiviti merentas sempadan yang tidak perlu pada masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat