Sektor Teknologi Kritikal, Musim Pemberhentian & Kekurangan Pengambilan Pekerja Bermula!

3,000

‘Perghhh, acano ni? Ramai penanam anggur lah lepas ni.’

Pasti ramai sedia maklum bahawa kebanyakan syarikat-syarikat, terutamanya firma teknologi sedang mengurangkan kos (cut cost) dan ini termasuk menghentikan pengambilan dan pemberhentian pekerja.

Sebelum ini Meta milik Facebook telah mengumumkan cut cost bagi syarikat metaverse-nya, Reality Labs dan antara yang terbaharu Twitter yang memecat 2 pekerjanya.

Menurut laporan dari Crunchbase, yang menjejaki trend serta pelaburan dan berita syarikat global daripada firma pemula ke Fortune 1000, bulan April lalu telah menyaksikan pelbagai syarikat teknologi mengubah rancangan pekerjaan mereka.

Antaranya, syarikat platform video peribadi, Cameo yang telah menghentikan 80 pekerjanya (kira-kira 25% tenaga kerja syarikat) sementara Meta turut menghentikan program pengambilan pekerja.

Laporan itu juga menyatakan bahawa jumlah tepat bagi pemberhentian untuk sektor teknologi dalam beberapa bulan ini sukar untuk diukur dan data menunjukkan angkanya lebih banyak berbanding pada 2020 semasa Covid-19 melanda.

Terangnya, pada awal bulan Mei sahaja mereka merekodkan 43 isyarat pemberhentian berdasarkan sumber berita.

Sungguhpun begitu, Crunchbase menegaskan bahawa ia bukan petanda pasaran buruh akan musnah.

Hal ini kerana data Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) menyaksikan sebanyak 482,000 pekerjaan baharu, melepasi anggaran Dow Jones pada 400,000.

Berbalik kepada Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Parag Agrawal mengesahkan ‘pemergian‘ Kayvon Beykpour dan Bruce Falck, yang masing-masing mengetuai bahagian pengguna Twitter dan penyelia hasil.

Selain itu, dalam memo yang dikeluarkan syarikat turut menyatakan bahawa Twitter akan menghentikan sebentar pengambilan pekerja dan menyemak semula tawaran kerja sedia ada.

Dipercayai bahawa keputusan ini telah diambil kerana Twitter gagal mencapai pertumbuhan pengguna dan sebarang pencapaian penting dalam mengekalkan keyakinan bagi sasaran pertumbuhan yang ditetapkan pada 2020.

Dalam pada itu, Beykpour telah menciap dalam laman Twitter dengan menyatakan bahawa Parag telah meminta dirinya untuk tinggalkan syarikat selepas menyatakan bahawa hala tuju mereka bercanggah.

Sementara itu, Falck turut menciap dengan mengatakan bahawa dirinya juga dipecat oleh Parag.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat