Lepas Terjun 200 Pips, GBP/USD Sambung Lagi Turun 140 Pips Di Awal Minggu

274

Kejatuhan sukar dibendung, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan harga menjunam ke paras terendah terbaru sejak September 2020.

Pound terus gagal untuk pamerkan sebarang peningkatan malah menerima tekanan oleh pengukuhan lanjut US dolar dengan komen hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell untuk kenaikan kadar faedah agresif pada mesyuarat minggu hadapan.

Selain itu juga, sentimen pasaran berisiko didorong kebimbangan langkah sekatan di China turut menyuntik pengukuhan US dolar dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven.

Setelah terjunan harga sehingga 200 pips pada Jumaat lalu, harga menyambung lagi penurunan pada carta GBP/USD semalam dengan penurunan harian sekitar 140 pips dicatatkan.

Harga telah mencecah paras terendah terbaru 2 tahun ke paras 1.27000 di mana zon tersebut merupakan zon support harga pada dagangan September 2020 yang lalu.

Setelah menyentuh zon support tersebut pada sesi New York semalam, harga mendatar perlahan dan sedikit meningkat bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.

Harga masih dilihat berada dalam trend bearish yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan lanjut harga bakal dijangkakan melepasi support 1.27000 tersebut sekiranya situasi pasaran kekal tidak berubah memihak kepada US dolar.

Sasaran untuk penurunan yang diteruskan harga berkemungkinan pada 1.26000 atau lebih rendah lagi menuju paras sekitar 1.25000.

Sebaliknya jika paras support 1.27000 berjaya mengulangi lonjakan pada September 2020 yang lalu, berkemungkinan harga akan kembali meningkat menuju ke paras rintangan awal pada 1.29000.

Kenaikan yang diteruskan seterusnya akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.3000 yang menjadi zon sokongan harga untuk dagangan beberapa minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat