Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

30

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

  • Jumlah penduduk Amerika yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran naik lebih dari jangkaan. Jumlah itu meningkat sebanyak 6,000 orang kepada 244,000 pada minggu berakhir 17 Februari berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 238,000 tuntutan.
  • Bekas Presiden IMF, Rodrigo Rato dikenakan hukuman penjara 4 setengah tahun kerana menyalahgunakan kad kredit syarikat untuk kepentingan peribadi semasa beliau bekerja di Bank Bankia. Rato dan 64 orang lagi eksekutif dan bekas ahli lembaga pengarah Bankia terbabit dalam kes penyalahgunaan tersebut.
  • Morgan Stanley mungkin akan memindahkan 300 stafnya dari Britain disebabkan Brexit. Syarikat yang berpangkalan di Wallstreet ini akan memilih antara Frankfurt dan Dublin bagi menempatkan ibu pejabatnya bagi wilayah Zon Eropah.
  • Kemasukan imigran ke UK semakin berkurangan dan jatuh ke paras terendah dalam masa dua tahun yang berakhir pada September 2016. Jumlah kemasukan bersih ke UK berjumlah 273,000 dengan kemasukan ke negara ini berjumlah 586,000 dan sebaliknya keluar dari UK berjumlah 323,000.
  • US dolar sedikit berubah berbanding matawang utama dunia yang lain pada Jumaat. Sesi Khamis, kelemahan US dolar banyak disumbangkan oleh minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada lewat Rabu, di mana kurangnya komitmen untuk menaikkan kadar pada mesyuarat Mac.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat