Line of Credit – Ripple Umumkan Perkhidmatan Terbaru

157

Platform pertukaran matawang, Ripple mengumumkan perkhidmatan terbaru di RippleNet, ‘Line of Credit’, bertujuan untuk memudahkan pelanggan mereka menggunakan On-Demand Liquidity (ODL) bagi pinjaman XRP dan pengaksesan segera ke atas kapital.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak tersedia bagi kegunaan individu dan masih lagi terhad dalam bagi kegunaan beberapa pasaran.

Menariknya mengenai perkhidmatan ini, Line of Credit berpotensi untuk menyediakan pengaksesan mudah ke atas kapital bagi setiap pasaran menerusi pengurusan kredit mudah.

Melalui cara ini, secara langsung dapat mengurangkan jurang, membuka peluang kepada perniagaan sederhana kecil (SME) untuk bersaing secara sihat dengan syarikat besar.

Berdasarkan kenyataan daripada Ripple, SME melalui institusi kewangan boleh menggunakan XRP untuk menyelesaikan pemindahan rentas sempadan pada kos yang rendah.

“Pihak kami mengizinkan anda untuk mengunci harga ketika pembayaran dan membayar kami dengan bayaran yang tidak terlalu tinggi, jika sistem ini benar-benar memudahkan anda,” jelas Ripple.

Usaha tersebut merupakan langkah terbaru dalam mencapai visi Ripple, memastikan kegunaan Internet of Value sekaligus meruntuhkan jurang di dalam kewangan.

Ia merupakan satu perkhidmatan eksklusif baru dalam memastikan penyediaan kos yang efektif terhadap pelanggan mereka.

Pada awal minggu ini pengerusi eksekutif Ripple, Chris Larsen memberitahu keadaan firmanya yang tersepit ekoran penggubalan undang-undang Amerika Syarikat (AS) ke atas sektor kripto, mendorongnya untuk mempertimbangkan pemindahan firmanya ke negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat