Mark Cuban Pertikai Fungsi Cardano (ADA)?

1,040

Cardano (ADA) semakin menarik perhatian para komuniti kripto. Walaupun pada situasi ketika ini kebanyakan kripto mengalami kejatuhan, Cardano (ADA) terus mengukuh untuk mencapai paras harga tertinggi sepanjang masa iaitu pada harga $2.47.

Penggemar Dogecoin iaitu Mark Cuban juga ada berbicara dan memberi spekulasi terhadap matawang kripto Cardano (ADA) pada ciapan twitter baru-baru ini. Beliau mempersoalkan “apakah fungsi dan kelebihan Cardano?” :

Kenyataan beliau itu kemudiannya terus mendapat perhatian oleh CEO Cardano (ADA) Charles Hoskinson dan beliau terus memuat naik satu video dalam Youtube untuk menerangkan mengenai kelebihan Cardano.

Rangkaian ini juga memiliki banyak projek yang sedang dan bakal dilaksanakan. Antaranya yang terbaru, penggunaan penyelesaian Atala PRISM sedang di usahakan secara besar-besaran di Afrika hasil usaha bersama kerajaan Ethiopia.

Secara teknikal, penurunan yang dibuat oleh matawang kripto Cardano (ADA) juga didorong daripada aspek kejatuhan yang drastik terhadap pergerakan harga Bitcoin baru-baru ini, sehingga ke paras harga $42.000.

Seperti yang sedia maklum, kejatuhan harga Bitcoin dipengaruhi oleh ciapan Twitter Elon Musk yang menyatakan bahawa Tesla akan menangguhkan pembelian kenderaan menggunakan Bitcoin.

Dapat dilihat pada carta pergerakan harga bagi Cardano (ADA), ia kembali membuat penurunan sehingga ke paras harga sekitar $2.0 setelah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa terbaru pada 16 Mei.

Jika matawang kripto Cardano (ADA) terus membuat corak kenaikan, paras harga $2.47 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji terlebih dahulu sebelum mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa yang terbaru.

Namun, terdapat kemungkinan juga ia bakal membuat penurunan lagi untuk menguji paras RBS (resistance become support) sekitar paras harga $1.80 – $1.90 sebelum menyambung kenaikan yang lebih tinggi atau bakal membuat penurunan yang lebih drastik ke paras harga $1.40 – $1.50.

Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat