Mata wang Utama Manfaatkan Kelemahan USD, Pelabur Kekal Waspada!

230

Pelabur kekal berwaspada memperlihatkan pasaran mata wang terus bergerak mendatar menjelang mesyuarat polisi FOMC dan laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat pada minggu ini.

US dolar terus bergerak lemah di sekitar paras terendah tiga minggu di tengah-tengah jangkaan untuk kenaikan 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) dalam memerangi inflasi.

Sementara euro masih mempertahankan keuntungannya walaupun sedikit terkesan dengan data keyakinan perniagaan Jerman yang lemah ke paras terendah dua tahun pada bulan Julai.

Krisis tenaga turut membebankan euro apabila Rusia mengumumkan saluran paip Nord Stream 1 hanya akan mengalirkan kira-kira 20% daripada kapasiti penuhnya.

Ini menyebabkan Eropah tidak akan mempunyai gas asli yang mencukupi sepanjang musim sejuk akan datang.

Selain itu, dagangan pound turut memanfaatkan kelemahan US dolar untuk didagangkan lebih tinggi paras ketinggian tiga minggu.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga didagangkan lebih kukuh dengan pelabur kini menantikan penerbitan data inflasi Australia untuk suku kedua pada hari Rabu.

Sekiranya tekanan harga terus menunjukkan peningkatan, ia boleh mendorong Reserve Bank of Australia (RBA) untuk melanjutkan peningkatan kadar faedah.

Sementara itu, dolar Kanada mendapat manfaat daripada kebangkitan semula dagangan minyak mentah yang pada mulanya suram ketika pembukaan pasaran awal minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat