Kenaikan Kadar & Laporan Korporat Kaburi Sentimen Pasaran Ekuiti

110

Sesi dagangan ekuiti Amerika Syarikat (AS) bergelora ekoran sentimen berhati-hati pasaran terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) mengaburi pelabur menjelang laporan pendapatan syarikat teknologi.

Selain itu, ucapan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen yang tidak menolak kemungkinan kemelesetan di sebalik pertumbuhan ekonomi AS yang lemah menambah kebimbangan pasaran.

Umumnya, khabar kuat mengatakan Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas pada Khamis.

Difahamkan buat masa ini pelabur sedang menyiapkan diri untuk laporan syarikat teknologi termasuk Apple, Microsoft dan Amazon.com selain data indeks harga pengguna (GDP) suku ke-2.

Rentetan itu, indeks purata Dow Jones naik 0.28% pada 31,990.04, S&P 500 capai 0.13% pada 3,966.84 namun Nasdaq Composite turun 0.43% pada 11,782.67.

Ulas Michael O’Rourke dari JonesTrading, pelabur mempamerkan corak holding dalam menantikan keluaran data-data minggu ini sementara ada yang turut bertukar risk-off.

Beralih ke ekuiti Eropah, STOXX 600 naik 0.13% sungguhpun bacaan sentimen di German memperlihatkan mood perniagaan negatif sementara tolok MSCI saham seluruh dunia capai 0.01%.

Aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar jatuh 0.253% sementara Euro naik 0.13% pada $1.0223 tatkala Yen Jepun lemah 0.45% pada $136.66.

Sementara itu, nota penanda aras 10 tahun jatuh 8/32 dalam harga pada hasil 2.8105 sementara nota 2 tahun susut 2/32 kepada hasil 3.0266%.

Nota Perbendaharaan 2 dan 10 tahun menyaksikan penyongsangan selama lebih 3 minggu dan terakhir pada -21.5 mata asas yang mengisyaratkan kemungkinan kemelesetan.

Jelas David Petrosinilli dari InspereX, ia merupakan penyongsangan keluk hasil pertama sejak 2006.

Bagi komoditi, harga minyak kembali mencanak apabila ia didorong kelemahan pada dolar sementara pelabur menimbang kebimbangan bekalan dan pengurangan permintaan.

Minyak mentah AS naik 2.11% pada $96.70 dan minyak mentah Brent tambah 1.9% pada $105.15 sementara spot emas turun 0.5% pada $1,718.69.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat