Matawang Euro Turun Ke Paras Terendah Pada Sesi Eropah, Manakala GBP Meningkat Selepas Data Pekerjaan

683

Pasaran Eropah dan Asia hari ini berlegar pada sekitar empat bulan tertinggi apabila para pelabur mengharapkan keputusan yang positif dalam perundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China sementara itu Yen menyusut selepas Bank of Japan berkata mereka akan melonggarkan lagi polisi sedia ada jika diperlukan.

Matawang Euro antara matawang yang paling lemah dalam dagangan Eropah hari ini selepas mengukuh semalam. Para pelabur beralih tumpuan daripada kemajuan dalam perbincangan perdagangan AS-China kepada kelembapan yang sedang berlaku di zon Eropah.

Tambahan lagi, ECB dijangka akan mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi dan inflasi mereka memandangkan situasi Eropah sekarang dalam keadaan yang membimbangkan sekaligus momentum Euro akan meleset.

Dalam perkembangan di Britain pula, dalam ketidaktentuan isu Brexit, GBP dilihat meneruskan pengukuhannya selepas data pekerjaan sebentar tadi menunjukkan pertumbuhan gaji pekerja berada pada tahap yang baik. Purata pendapatan termasuk bonus meningkat sebanyak 3.4% dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat