Melonjak 100 Pips, Menjunam 100 Pips – Ke Mana Arah EUR/USD Seterusnya?

533

Keputusan mesyuarat bank pusat Eropah semalam menjadi acara tumpuan utama bagi dagangan untuk minggu ini menyaksikan matawang Euro kembali pamerkan lonjakan.

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah dan juga pelonggaran kuantitatif (QE) dan seperti dijangkakan oleh penganalisis pasaran, Presiden ECB Christine Lagarde optimis terhadap pemulihan ekonomi Eropah.

Kenyataan bernada hawkish tersebut telah melonjakkan Euro dalam pasaran di mana bank pusat turut menyatakan bahawa tidak perlu untuk bimbang terhadap kenaikan Euro yang sebelum ini dilihat sebagai satu permasalahan.

Justeru, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam melonjak sekitar 100 pips sehingga ke paras tumpuan 1.19000.

Namun, sebaik menguji zon SBR (support become resistance) tersebut, harga kembali dilihat menjunam semula susulan faktor pengukuhan US dolar pada pembukaan sesi pasaran New York.

Hal ini adalah disebabkan sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko susulan pasaran saham Wall Street kembali merosot dengan ketiga-tiga indeks utama mencatatkan penurunan.

Faktor lain yang turut menyokong dagangan US dolar buat masa ini adalah data pengeluaran yang positif serta unjuran oleh Goldman Sachs terhadap pertumbuhan GDP AS pada suku ketiga yang meningkat sehingga 35%.

Namun, secara teknikal, pergerakan harga di carta EUR/USD masih menunjukkan corak kenaikan namun pergerakan harga agak drastik berikutan acara berimpak besar.

Harga turun menguji semula paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang dilihat sebagai paras sokongan untuk harga meneruskan kembali kenaikan.

Kenaikan harga bakal menguji semula zon SBR 1.19000 sebelum harga yang tembus lebih tinggi bakal menuju zon resistance 1.2000.

Sebaliknya jika harga kekal menjunam lebih rendah, zon support di bawah 1.18000 perlu ditembusi sebelum corak penurunan harga lebih jelas akan mendorong harga ke paras support 1.17200.

Data ekonomi Jerman serta data inflasi AS pada hari ini akan diteliti pelabur untuk menilai kesan pergerakan bagi matawang US dolar dan Euro pada dagangan penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat