Memecoin Kembali Jadi Pilihan, Shiba Inu Menyalak Ke Bulan!

293

“Pelabur ok ke tu, jangan tengah naik tinggi tu ramai yang FOMO pula.”

Memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) menggunung lebih 20% capai paras $0.00001289 selepas syarikat exchanger kripto terbesar Korea Selatan, UpBit menyenaraikan SHIB berbanding Won Korea (KRW) dan tidak dilupakan juga pelancaran Shibarium Layer-2.

Difahamkan bahawa pembangun utama SHIB, Shytoshi Kusama dan ekosistemnya yang berhasrat untuk laksanakan blockchain Layer-2 SHIB dalam tempoh terdekat ini telah menjadi punca sentimen yang dikelilingi komuniti memecoin itu adalah positif.

Akaun Twitter rasmi Shibarium Network berkata pasukannya akan memaklumkan tarikh pelancaran tersebut tidak lama lagi.

Sementara Upbit yang menyenaraikan SHIB pada 18 Januari telah membenarkan para pengguna berdagang memecoin itu dalam mata wang Korea Selatan selepas menambah pasangan dagangan GAL/BTC.

Susulan Shibarium Layer-2 menyebabkan perubahan dalam kaedah deposit dan pengeluaran aset digital, exchanger kripto akan menyokong deposit SHIB melalui rangkaian ERC-20 tetapi deposit yang dibuat daripada rangkaian lain seperti BSC tidak disokong.

Sebagai rekod, pergerakan harga SHIB sejak awal tahun ini menyaksikan peningkatan melepasi momentum menurun lima bulan selepas pasukan memecoin itu sentiasa berusaha untuk bangunkan lagi ekosistemnya.

Setakat penulisan ini, harga SHIB berlegar pada zon $0.00001247 dengan volum dagangannya pula lonjak hampir 150% pada $560 juta dalam tempoh 24 jam terakhir manakala token Shibarium digelar BONE maju 12% pada $1.54.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat