Keuntungan USD Kembali Terpadam, Apa Dah Jadi?

330

US dolar mempamerkan pergerakan yang tidak menentu menjelang penerbitan data inflasi pengeluar dan jualan runcit Amerika Syarikat.

Dolar Amerika pada mulanya mencatatkan keuntungan ketika sesi Asia berikutan kejatuhan yen Jepun setelah dikecewakan oleh Bank of Japan (BOJ).

Tidak seperti yang dijangkakan, BOJ tidak melakukan apa-apa perubahan dalam dasar kawalan keluk hasilnya dan mengekalkan tetapan dasar utamanya tidak berubah pada mesyuarat polisi terbarunya.

Ini membuatkan mata wang yen merosot lebih 2% dari paras ketinggian 8 bulan berbanding US dolar sebagai reaksi awal kepada pengumuman BOJ.

Pun begitu, ketika keadaan mula mereda, kerugian yang dicatatkan yen kembali berkurangan dan US dolar menyusut semula apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Hal ini kerana, USD masih tidak mempunyai pemangkin kuat untuk menyokongnya, dan data ekonomi AS pada sesi New York akan datang boleh menjadi penentu hala tuju mata wang gergasi itu.

Mata wang utama lain pula kembali menyambung kenaikan, dengan pound mendahului dagangan walaupun data inflasi UK yang diterbitkan menunjukkan penurunan untuk bulan kedua berturut-turut dengan catatan 10.5% daripada 10.7% pada bulan Disember. 

Sementara itu, euro turut meningkat dengan memadamkan beberapa kerugian yang dicatatkan susulan laporan dovish mengenai Bank Pusat Eropah (ECB).

Terdahulu, dilaporkan bahawa penggubal dasar mungkin memilih kenaikan kadar 50 mata asas pada Februari dan mengurangkan peningkatan kepada 25 mata asas mulai Mac.

Mata wang berkaitan komoditi, dolar Aussie, New Zealand dan Kanada pula kekal diniagakan lebih kukuh di paras tertinggi bulanan berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat