Menanti FOMC, Bitcoin ‘Menghijau’ Susulan Reaksi Data Pekerjaan JOLTS!

157

“Agaknya FOMC nanti harga BTC akan naik atau turun?”

Harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) termasuk Ethereum (ETH) menyaksikan kenaikan sedikit selepas pengeluaran data tinjauan pembukaan pekerjaan (JOLTS) pada Selasa semalam.

Menerusi laporan, jumlah tawaran pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mac telah merosot kepada 9.6 juta, iaitu tahap terendah sejak April 2021 dan di bawah jangkaan 9.77 juta.

Seluruh pasaran kripto turut akan beri reaksi semasa mesyuarat Jawatan Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada awal pagi Khamis di mana Federal Reserve (Fed) dijangkakan bakal menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Sementara harga BTC dan kripto lain turut melihat lonjakan apabila para pelabur didapati mula berminat terhadap aset digital selepas banyak bank sejak kebelakangan ini mengalami keruntuhan drastik dalam sekelip mata.

Kegagalan First Republic Bank pada awal minggu ini telah menjejaskan ekonomi tetapi nampaknya kripto tidak terkesan susulan harganya mencanak ditambah pula data pekerjaan yang lemah telah menjadi salah satu sebab aset digital bertindak balas positif.

Pada masa ini, harga BTC berjaya melonjak sebanyak 1.72% pada paras $28,533 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $552 bilion dan mencatatkan kenaikan sekitar 0.83% sepanjang minggu lepas.

Manakala ETH pula mencanak 1.71% pada paras $1,864 tetapi masih tergelincir hampir 0.16% dalam masa tujuh hari lepas dan tidak ketinggalan Ripple (XRP) raih 0.05% pada $0.46 dengan modal pasaran $23 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat