Menjelang Mesyuarat ECB, EUR/USD Mula Pamer Penurunan Harga

930

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mula menunjukkan corak penurunan harga selepas harga mencapai paras ketinggian 1.14900 pada Isnin.

Pada penurunan harga semalam, harga telah bergerak lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan mencatatkan penurunan terendah harian hampir mencecah ke paras 1.12700.

Namun harga kembali menunjukkan kenaikan semula pada sesi pasaran Asia hari ini. Harga masih kekal bergerak di bawah paras halangan dinamik MA50 dan menunjukkan penurunan semula pada sesi Eropah.

Matawang US dolar masih diniagakan berisiko berikutan ekonomi Amerika Syarikat yang kini sedang berdepan ancaman wabak Coronavirus COVID-19.

Turut memberi tekanan adalah jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah lebih rendah lagi susulan pemotongan kecemasan kadar faedah minggu lalu.

Sementara matawang dolar Euro pula didagangkan berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah pada Khamis.

Pasaran turut menjangkakan European Central Bank (ECB) akan menurunkan kadar seperti bank pusat yang lain atau meningkatkan pelonggaran polisi semasa.

Dengan kedua-dua matawang diniagakan berisiko, dagangan EUR/USD gagal mempamerkan arah pergerakan harga yang jelas buat pelabur.

Jika harga meneruskan penurunan melepasi paras terendah harian semalam, penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.12000. Penurunan lebih rendah akan menguji pula paras 1.11000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan melepasi MA50, kenaikan harga akan menuju paras resistance di bawah 1.15000 dan menguji ketinggian harga yang dicapai awal minggu.

Sementara menantikan keputusan mesyuarat ECB, pantau juga kesan penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat dan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat