Meroket Tinggi, Memecoin SpongeBob Bakal Tewaskan PEPE?

284

“Setiap hari ada je memecoin baharu, lepas ni apa la pula.”

Selepas memecoin PEPE, kali ini SpongeBob (SPONGE) pula berjaya menarik perhatian para pelabur mata wang kripto susulan maskotnya ceria dan aneh dapat membawa sedikit keseronokan kepada dunia aset digital.

Walaupun harga SPONGE baru-baru ini menyusut sebanyak 15.04% pada paras $0.000986 dalam tempoh 24 jam lalu selepas melepasi $0.001647, memecoin itu tetap disenaraikan sebagai salah satu projek top DexTools.

Volum dagangan SPONGE juga meningkat lebih $100 juta manakala $40 juta modal pasarannya telah dicairkan sepenuhnya, iaitu merekodkan lonjakan berbanding $3 juta pada 4 Mei 2023, tetapi masih di bawah 5% daripada modal pasaran PEPE.

Secara konteks, SPONGE yang dilancarkan di bursa kripto Uniswap pada 4 Mei minggu lepas telah mendaki lebih 30% namun tergelincir semula apabila Binance dilaporkan menghentikan pengeluaran Bitcoin (BTC) pada 8 Mei 2023.

Meskipun begitu, SPONGE tetap menarik perhatian komuniti kripto walaupun memecoin tersebut tidak melakukan sebarang prajualan mahupun promosi di media sosial sebelum pelancarannya di bursa kripto berikut.

Menurut sesetengah penganalisis, harga SPONGE berpotensi untuk melonjak tinggi dalam masa terdekat ini sehingga seseorang pelabur itu boleh menjana pulangan 1,000 kali ganda susulan populariti yang dicipta oleh SpongeBob SquarePants sejak dahulu lagi.

Jelas disini, pelabur mula berminat terhadap memecoin baharu sejurus selepas PEPE menyaksikan kejayaan dan SPONGE dikatakan adalah satu peluang yang agak menarik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat