Minyak Mentah Tersungkur Kepada Bacaan lebih Rendah

63

Harga minyak mentah dijangka menjunam lebih rendah dalam sesi dagangan Eropah pada Rabu seelpas data industri dicatat mengecewakan semalam apabila stok simpanan minyak mentah di AS menunjukkan peningkatan.

WTI mentah menurun sebanyak 39 sen atau kira-kira 0.80 peratus kepada $48.27 setong.

Harga minyak mentah melonjak ke tahap tertinggi sejak 28 April di $49.66 pada permulaan minggu apabila Arab Saudi dan Russia bersetuju untuk melanjutkan pemotongan bekalan minyak sehingga Mac 2018.

Di tempat lain, minyak Brent bagi penghantaran Julai di ICE London merosot sebanyak 27 sen kepada $51.38 setong selepas kehilangan 17 sen sehari lebih awal. Minyak Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa juga mencecah paras paling kukuh sejak 21 April iaitu $52.63 pada Isnin.

Kekuatan pasaran ini mula diragut apabila Institut Petroleum Amerika mengatakan bahawa inventori minyak AS meningkat sebanyak 882,000 tong pada minggu berakhir 12 Mei.

Seterusnya, pasraan menantikan data rasmi yang bakal dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS hari ini.

Minyak mentah mula bangkit pada awal minggu apabila Mentari Tenaga Arab Saudi dan Russia menawarkan untuk lenjutan pemotongan bekalan sehingga Mac tahun depan.

Walau bagaimanapun, 12 baki anggota akan memuktamadkan keputusan ketika pertemuan yang dijadual akan berlangsung pada 25 Mei nanti.

Di Nymex, niaga petrol bagi penghantaran Jun diadakan stabil.

Bank of Japan Masih Berpegang Pada Dasar Pelonggaran Monetari Dalam Masa Terdekat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat