Momentum Positif Terus ‘Angkat’ Bursa Malaysia

119

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.54 mata pada 1,503.86 daripada penutupan Rabu pada 1,500.32.

Indeks dibuka 0.51 mata pada 1,499.81.

Ia dibuka tinggi hasil lantunan yang didorong oleh pembelian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 189 berbanding 117, manakala 198 kaunter pula tidak berubah, 1,798 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 158.55 juta unit bernilai RM87.89 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan minat belian dalam ekuiti tempatan dijangka meningkat dengan beberapa saham akan menghadapi aktiviti pembelain selamat sehingga akhir tahun.

Selain itu, firma tersebut menggariskan pelabur akan memilih saham bertemakan pemulihan termasuk saham kewangan sementara mungkin juga terdapat minat dagangann terhadap sektor minyak dan gas.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 2 sen pada RM8.20, CIMB Group Holdings Bhd jath 1 sen pada RM5.37 dan Public Bnak Bhd kekal pada RM4.10 sementara Petronas Chemiclas Group Bhd (PetCehm) naik 3 sen pada RM8.80 dan IHH Healthcare Bhd capai 4 sen pada RM6.59.

Saham aktif memperlihatkan Bintai Kinden Crop Bhd tambah 0.5 sen pada 23 sen sementara Kejuruteraan Asastera Bhd Dataprep Holdings Bhd kekal pada 25.5 sen dan 85.5 sen, dalam pada itu, VisDynamic Holdings Bhd turun 28 sen pada RM1.07.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 26.65 mata pada 10,911.60, indeks FBMT 100 tambah 26.22 mata pada 10,620.19 dan indeks FBM Emas Shariah canak 43.98 mata pada 11,702.36.

FBM 70 naik 39.60 mata pada 13,928.89 dan FBM ACE turun 18.07 mata pada 6,200.09.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.28 mata pada 194.69, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 14.39 mata pada 15,352.10 dan indeks Perladangan memacu 17.99 mata pada 6,403.34.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat