Moo, Moo! Si Kerbau Hijau Berkeliaran Di Bursa Pagi Ini

283

Minat pembelian sederhana terhadap wajaran tinggi terpilih memacu pasaran ekuiti tempatan untuk kekal berdagang positif.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.32 mata pada 1,402.68 sebelum naik 2.04 mata pada 1,402.40 berbanding penutupan semalam 1,400.36.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 233 atasi kerugian pada 170, manakala 260 kaunter pula tidak berubah, 1,699 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Jumlah perolehan pada 315.96 juta unit bernilai RM148.78 juta.

Jelas Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur dijangka memposisikan diri dalam mood pembelian menjelang musim laporan pendapatan Wall Street walaupun terdapat kebimbangan kemelesetan.

Rentetan itu, pasaran tempatan memperlihatkan minat pembelian dengan tarikh rasmi Pilihan Raya Umum 15 akan diumumkan sementara kaunter perladangan, teknologi, pengguna dan kesihatan kekal menjadi pilihan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd naik 7 sen pada RM5.32 dan Maxis Bhd capai 4 sen pada RM3.50 sementara Press Metal Aluminium Holdings Bhd Maybank, Public Bank Bhd dan IHH Healthcare tambah 2 sen pada RM3.50, RM4.23, RM8.53 dan RM4.22.

Saham aktif memperlihatkan Harvest Miracle Capital Bhd naik 0.5 sen pada 14 sen, Careplus Group Bhd tambah 2 sen pada 44.5 sen dan UEM Sunrise Bhd maju 1.5 sen pada 20.5 sen sementara Hiap Huat Holdings Bhd kekal pada 16 sen, Top Glove Corp Bhd mendatar pada 74 sen dan Hong Seng Consolidated Bhd tidak berubah pada 27 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Index kukuh 13.14 mata pada 9,988.04, FBM 70 raih 19.41 mata pada 12,025.56, the FBMT 100 tambah 14.51 mata pada 9,736.26, FBM Emas Shariah jatuh 9.01 mata pada 10,025.77 dan FBM ACE kumpul 2.59 mata pada 4,755.76.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 75.29 mata pada 15,968.62, indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 0.49 mata pada 171.35, indeks Perladangan kurang 7.23 mata pada 6,609.44 dan indeks Tenaga jatuh 3.39 mata pada 667.38.

Sementara itu, ringgit berundur berbanding dolar ekoran aktiviti profit-taking daripada kebimbangan kemelesetan.

Semasa pembukaan, mata wang tempatan diniagakan rendah 4.7160/7200 berbanding greenback daripada penutupan semalam pada 4.7145/7165.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat