‘Mood’ Pelabur Pasaran A.S Bertambah Baik Susulan Kenyataan Fed Clarida!

280

Naib Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) Richard Clarida pada hari Rabu memberi ulasan mengenai perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (A.S). Berdasarkan penelitian, beliau berpendapat bahawa ekonomi A.S memerlukan satu tahun lagi atau lebih untuk kembali kepada prestasi ekonomi seperti sebelum pandemik.

Clarida menyatakan bahawa langkah dasar yang dilaksanakan the Fed dan Kongres telah membantu meransang aktivit ekonomi seperti peningkatan penggunaan dan perkhidmatan. Walaubagaimanapun, penularan pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang sangat mendalam dalam ekonomi, justeru dijangkakan satu tahun lagi diperlukan untuk KNDK pulih sepenuhnya keparas puncak tahun 2019.

Ucapan Clarida ini muncul menjelang laporan KDNK suku ketiga yang dijangka menunjukkan pertumbuhan tahunan lebih dari 30%. Namun kadar pengangguran A.S dijangka akan kekal tinggi walaupun sebanyak 11.4 juta pekerjaan telah dicipta.

Clarida turut menambah, dengan langkah yang diterapkan, pentadbiran the Fed akan menaikkan kadar faedah sejurus kadar pengangguran jatuh namun lebih memerhatikan pergerakan inflasi terlebih dahulu.Kadar pengangguran yang rendah, tidak akan cukup untuk mencetuskan pengetatan dasar monetari tanpa ada bukti dari petunjuk lain.

Akhir sekali, the Fed melihat aktiviti ekonomi terus berkembang secara beransur-ansur namun prospek masa hadapan kekal tidak pasti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat