Nampaknya Ada Yang Menyokong USD Untuk Naik Lagi!

565

Pemulihan US dolar berlanjutan pada hari Selasa di tengah-tengah jangkaan untuk kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi bulan depan.

Data yang diterbitkan pada sesi New York mengukuhkan lagi US dolar untuk meningkat lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Indeks Empire State Manufacturing melonjak dengan ketara kepada 10.8 pada bulan Mac, berbanding penguncupan 24.6 bulan sebelumnya.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat masih berkembang melebihi apa yang dijangkakan oleh Fed.

Pasaran kini melihat kebarangkalian untuk Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.00%-5.25% pada mesyuarat Mei.

Melihat perkembangan mata wang utama lain, euro didagangkan susut, berundur lebih jauh daripada puncak tertinggi satu tahunnya yang dicapai pada hari Jumaat.

Pound turut memperpanjangkan penyusutan ketika tumpuan pasaran kini beralih kepada penerbitan data pekerjaan UK pada sesi Eropah hari ini.

Selain itu, dolar loonie kekal stabil menjelang pengeluaran data inflasi Kanada yang dijangkakan turun 4.3% tahun ke tahun pada bulan Mac daripada 5.2% sebelumnya.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan mendatar dengan tumpuan pasaran terarah kepada terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China untuk suku pertama 2023.

Yen pula terus melemah di paras terendah satu bulan berbanding greenback apabila Bank of Japan (BOJ) terus berpegang pada dasar monetarinya yang sangat longgar.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat