NEAR & Nvidia Bekerjasama? Harga Meroket 100%!

584

“Fulamak, harganya confirm boleh naik kaw kaw la kalau mereka ada buat kerjasama akan datang.”

Mata wang kripto NEAR melihat pendakian luar biasa apabila harganya sejak 5 Mac 2024 naik hampir dua kali ganda menembusi $8 didorong oleh jangkaan persidangan tahunan Nvidia yang turut memacukan token berkaitan artificial intelligence (AI).

Co-founder dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Near Protocol Illia Polosukhin dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam panel bertajuk “Transforming AI” pada persidangan itu yang akan dihoskan oleh pengasas serta CEO Nvidia Jensen Huang.

Rentetan itu, spekulasi tentang potensi kerjasama antara NEAR dan Nvidia telah tercetus susulan NEAR ialah satu-satunya firma berkaitan kripto yang dijadualkan untuk membentangkan di panel utama.

Suka dimaklumkan pencanakan harga NEAR mencerminkan arah aliran lebih luas dalam pasaran kripto AI di mana token seperti Fetch.ai (FET), Graf (GRT) dan SingularityNET (AGIX) semuanya mencatatkan keuntungan melebihi 30% sepanjang minggu lalu.

Menurut Arthur Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DeFiance Capital berkata bahawa masa depan sudah dekat susulan kenaikan tambahan 20% NEAR pada $7 yang menandakan tahap tertinggi sejak Mei 2022 telah menunjukkan sentimen pasaran kripto yang optimistik.

Secara konteks, NEAR sebelum ini memang tidak berkaitan blockchain tetapi pasukannya mula bina protokol NEAR pada 2018 kemudian mainnet dilancarkan pada 2020 dan sebelum menerajuinya, Polosukhin telah menyumbang pada Google Research untuk bangunkan model serta tools tentang AI.

NEAR beroperasi sebagai blockchain Proof-of-Stake (PoS) memanfaatkan protokol konsensus dipanggil Nightshade yang membenarkan NEAR memproses kira-kira 100,000 transaksi sesaat dan menjana blok sesaat.

Setakat penulisan ini, harga NEAR melonjak sebanyak 21.58% pada paras $8.21 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $8 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 101.28% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat