Padu! Alien World (TLM) Pamerkan Pergerakan Harga Garang!

223

Sesi dagangan hari ini tampaknya mempamerkan isyarat positif terhadap pasaran.

Beberapa dimensi yang melibatkan non-fungible token (NFT) juga telah menguasai pasaran sejak kebelakangan ini memberi kesan yang positif dalam pasaran kripto.

Alien World yang merupakan metaverse NFT DeFi ini adalah salah satu matawang digital yang telah mempamerkan lonjakan harga yang konsisten selama seminggu.

Pada pandangan perspektif, Alien World telah menarik perhatian para pelabur dengan menghasilkan lonjakan sebanyak 120% dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, melihat kepada carta pergerakan semasa harga TLM/USDT.

Sewaktu artikel analisa TLM dikeluarkan beberapa minggu yang lalu, TLM didagangkan pada harga sekitar $0.20.

Namun secara konsistennya, TLM telah menghasilkan lebih 180% lonjakan secara positif dengan paras tertinggi $0.37 dicatatkan beberapa hari yang lalu.

Dari pandangan sudut teknikal, pergerakan harga TLM masih dilihat dengan trend Bullish dan telah melepasi ruangan zon RBS (resistance become suppport) sekitar $0.31 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend Bullish, zon Resistance sekitar $0.36 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend Bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS sekitar $0.31 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, TLM/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.31 melonjak lebih 18% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto TLM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat