Padulah New Zealand Punya ‘Comeback’! Ekonomi Lain Pun Tak Boleh Lawan

341

Ekonomi New Zealand berkembang lebih daripada jangkaan pada suku kedua 2022, sekali gus membawa berita baik untuk negara itu mengelak daripada kemelesetan.

Setelah mengalami penguncupan pada suku pertama, keluaran dalam negara kasar (KDNK) New Zealand kembali meningkat lebih kukuh sebanyak 1.7% pada suku kedua, menurut data yang dikeluarkan Statistik New Zealand.

Pertumbuhan tahunan pula merosot kepada hanya 0.4%, lebih rendah daripada kadar tahunan 1% pada suku sebelumnya.

Semua pertumbuhan utama dalam sektor perkhidmatan dengan perbelanjaan isi rumah ke atas barangan, sebenarnya jatuh pada suku kedua.

Namun, ia telah diimbangi oleh pertumbuhan dalam sektor pelancongan setelah pembukaan sempadan negara dengan menaikkan ukuran perbelanjaan KDNK sebanyak 2.1% untuk suku tersebut.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 275 mata asas kepada 3.0% dan yakin ia perlu mencapai sekurang-kurangnya 4.0% untuk memperlahankan permintaan yang cukup dalam membendung inflasi.

Pasaran kini meletakkan jangkaan penuh untuk kadar faedah mencecah 4.25% memandangkan inflasi pengguna masih lagi di paras tertinggi 30 tahun 7.3% pada suku kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat