Pagi-Pagi Lagi Emas Dah Mencanak Naik – Nak Pergi Mana Tu?

814

Dagangan logam kuning meningkat lebih tinggi menjelang dagangan hujung minggu pada Jumaat, disokong oleh US dolar yang lemah dan keyakinan terbaru mengenai rangsangan fiskal Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan meningkat 0.9% pada $1,910 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan positif pada $1,916 per auns (11.05 pagi waktu Malaysia).

Dalam perkembangan terbaru, rundingan mengenai pakej rangsangan fiskal baru antara Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin diteruskan semula, dua hari selepas Presiden Donald Trump menamatkannya.

Nancy Pelosi sekali lagi menyatakan keyakinannya bahawa beliau boleh mencapai kesepakatan dengan Mnuchin dalam perbincangan ini.

Sementara itu, Trump dalam temu bual bersama Fox News memberitahu terdapat peluang yang baik untuk dilakukan dalam rundingan pakej rangsangan yang telah dimulakan semula ini.

Emas yang dilihat sebagai lindung nilai kepada inflasi dan penurunan nilai matawang, cenderung untuk mendapat manfaat daripada langkah rangsangan oleh kerajaan dan bank pusat seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat