Pakej Bank Pusat Eropah (ECB) Akan Merangkumi Potongan Kadar Dan Petunjuk Baru?

389

Beberapa laporan melaporkan pada hari ini menunjukkan bahawa pengguba-penggubal polisi bank pusat Eropah (ECB) cenderung kepada pakej rangsangan monetari yang merangkumi pemotongan kadar faedah, kenaikan harga pengguna bagi mengekalkan kadar yang rendah lebih lama dan pampasan untuk sektor perbankan atas kesan negatif.

Beberapa sumber tersebut turut menyatakan bahawa kebanyakkan daripada mereka cenderung kepada pembelian aset semula tetapi ini dibangkang oleh beberapa negara Eropah utara sehingga ia membuatkan masalah ini bertambah rumit.

Juru bicara ECB menolak untuk memberi rincian dan beberapa sumber tersebut juga menekankan bahawa tiada apa-apa keputusan yang diambil dan perbincangan juga masih berjalan termasuk dalam menentukan saiz potongan kadar.

Dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan berikutan perang dagang yang semakin tegang menyebabkan ECB berjanji untuk umumkan lebih banyak rangsangan pada mesyuarat 12 September. Perkara ini membuatkan pasaran saling meneka mengenai pakej yang akan ditawarkan.

Pembelian bon merupakan isu yang kontroversi kerana ECB semakin menghampiri batasnya sendiri. Jadi hal ini akan memaksa penggubal polisi untuk membuat peraturan sendiri bagi menghadapi risiko.

Namun 3 sumber lain mengatakan bahawa ECB masih mempunyai ruang kira-kira 1 tahun pembelian bon dengan menggunakan kerangka kerja sedia ada. Dengan ini tidak perlu segera mengubah peraturan yang memerlukan ECB memegang tidak lebih dari satu pertiga daripada setiap bon negara.

Setakat ini ECB memiliki matlamat untuk kekalkan kadar pada peringkat sekarang atau lebih rendah, setidak-tidaknya sehingga separuh fasa pada 2020.

Matawang Euro didagangkan rendah berbanding US dolar pada hari ini berikutan para pelabur menjangkakan ECB akan mengurangkan benchmark kadar faedah sebanyak 20 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat