Pelabur Mula Panik! Binance Rekodkan Aliran Keluar Bersih 11,380 BTC Pada Hari Pertama

233

Selepas beberapa minggu pasaran kripto didagangkan secara sideways, bitcoin akhirnya menghasilkan pergerakan yang tidak menentu namun tidak memihak kepada momentum menaik.

Altcoin juga berada dalam keadaan merah hari ini selepas tuntutan mahkamah terbaru SEC terhadap syarikat mata wang kripto.

Mata wang kripto utama berada dalam julat yang ketat pada sekitar $27,000 untuk beberapa minggu yang lalu, dengan hanya turun naik kecil di atas dan di bawah paras tersebut. Ini mendorong beberapa penganalisis dalam rantaian untuk memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan turun naik yang tinggi.

Namun kejadian semalam, memastikan segalanya. apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Binance. sehingga menyebabkan BTC jatuh menjunam. Sebagai pertukaran mata wang kripto terbesar, perkembangan itu mengakibatkan penurunan harga serta-merta untuk BTC dan seluruh pasaran. Bitcoin merosot lebih $1,500 dalam beberapa jam dan menjunam ke kedudukan harga terendah sejak pertengahan Mac.

Perkara itu juga mencetuskan panik mengakibatkan pembubaran bernilai kira-kira $300 juta, yang kebanyakannya adalah daripada “long position”. Harga BTC kini telah turun hampir 4% kepada paras dagangan $25,752.04.Permodalan pasarannya telah menjunam di bawah $500 bilion.

Ethereum turun hampir 3% tetapi kekal pada paras dagangan $1,818.85. Selebihnya alt bermodal lebih besar berada dalam keadaan yang turut terjejas. Binance Coin, telah jatuh 7.32% kepada paras dagangan $278.58. BNB telah jatuh ke paras terendah hampir tiga bulan.

Ripple, Cardano, Dogecoin, Solana, Polygon, Litecoin, Avalanche, dan Shiba Inu semuanya telah menurun di antara 5-7%.

Jumlah pasaran kripto menyaksikan lebih $50 bilion hilang pada satu ketika dan kini berada di bawah $1.1 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat