Pasaran Kekal Berwaspada, Dagangan Komoditi Pamer Kesan Ketara

322

Harga emas mencatat peningkatan pada sesi dagangan Asia tetapi masih berada di bawah paras $1,500 selepas perjanjian perdagangan fasa pertama diumumkan yang menyaksikan penggantungan tarif ke atas barangan China yang sebelum ini dijadualkan akan dilaksanakan pada 15 Oktober.

Harga logam kuning itu menyusut sebaik sahaja perjanjian tersebut diumumkan pada hujung minggu lalu memandangkan pelabur mula meninggalkan safe-haven.

Bagaimanapun, pelabur kembali mendapatkannya berikutan perjanjian tersebut belum tentu akan selamat ditandatangani kerana tempoh untuk menyiapkan perjanjian bertulis mengambil masa yang agak lama dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepanjang tempoh tersebut yang boleh menyebabkannya terbatal.

Sementara itu, harga minyak menyusut di dagangan Asia berikutan pasaran meragui sama ada perjanjian perdagangan fasa pertama yang telah dicapai melalui rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akan membawa kepada pemulihan segera terhadap permintaan minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Brent dan harga minyak mentah WTI susut sebanyak 25 sen dengan masing-masing menurun kepada $60.26 setong dan $54.45 setong.

Peningkatan harga minyak direkodkan pada Jumaat berikutan serangan ke atas kapal tangki minyak Iran yang ketika itu berada berdekatan dengan pelabuhan Arab Saudi telah menyebabkan kerosakan yang teruk ke atas kapal minyak tersebut.

Siasatan melaporkan bahawa serangan itu dilakukan oleh peluru berpandu dan jika ia terbukti dilakukan oleh mana-mana pihak, pasti akan meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat