Pasaran Kembali Suram! Apa Yang Jadi Kebimbangan Pelabur?

348

Sentimen pasaran yang suram menghiasi dagangan sesi Asia, menyaksikan US dolar didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utama lain tetapi merosot berbanding mata wang safe-haven.

Inflasi adalah faktor utama kepada penghindaran risiko dalam pasaran buat masa ini, di mana indeks harga pengguna UK meningkat 9% pada April iaitu paras tertinggi 40 tahun manakala di Zon Eropah mencatat peningkatan 7.4%.

Sementara di Kanada pula kadar inflasi mencecah 6.8% pada bulan lalu, iaitu paling tinggi dalam tempoh 31 tahun.

Walaupun begitu, peningkatan yang semakin tidak dapat dibendung dalam inflasi dilihat sebagai penghalang utama kepada pertumbuhan ekonomi yang telah terjejas akibat gangguan rantaian bekalan dan krisis Ukraine-Rusia.

Ini dapat dilihat pada dagangan pound yang menyusut lebih rendah yang mungkin dipengaruhi kebimbangan terhadap kos sara hidup semakin meningkat akan merencatkan ekonomi. Pada masa sama, ini meningkatkan lagi keyakinan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan melanjutkan kenaikan kadar faedah.

Namun, dolar loonie pula lebih kukuh susulan data tersebut memandangkan inflasi Kanada dilihat tidak seteruk situasi di UK, dan pelabur juga meletakkan harapan bahawa Bank Pusat Kanada (BOC) akan meneruskan pengetatan dasar monetarinya.

Dua institut Amerika Syarikat, Wells Fargo dan S&P, menyemak semula unjuran pertumbuhan secara menurun tetapi menjangkakan inflasi kekal tinggi. Prospek yang menyuramkan ini turut mendorong kemerosotan dalam pasaran Wall Street.

Safe-haven yen dan swiss franc didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama berikutan sentimen pasaran yang berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat