Pasaran Kripto Melonjak Pada Hujung Minggu Selepas Berita Duka Trump

275

Mungkin satu khabar gembira buat pelabur kripto apabila menyaksikan lonjakan nilai kripto sepanjang minggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan positif COVID-19.

Pada hujung minggu, jumlah keseluruhan permodalan pasaran matawang kripto meningkat $5 bilion dan tiada penyusutan seperti yang dijangka pelabur aset digital itu.

Lonjakan tersebut telah mengembalikan nilai kripto pada sekitar $345 bilion yang susut dari rekod tertinggi sebelum ini, namun masih tetap tinggi, 80% sejak awal 2020.

BTC nampaknya kekal ‘selamat’ walaupun terdapat beberapa insiden yang mampu menarik aset itu pada paras negatif seperti isu godam KuCoin, dakwaan CFTC terhadap pengasas bersama BitMEX dan berita kesihatan presiden AS.

Ketika Trump disahkan positif COVID-19, harga BTC susut 2.5% pada hari Jumaat. Namun, pada perdagangan awal Isnin, BTC pulih dengan harga mencecah $10,700.

Insiden tersebut telah menyebabkan harga BTC pada hujung minggu meningkat 3%.

Aset kripto yang lain juga menyaksikan lonjakan. Ethereum meningkat pada paras $350 dan XRP melonjak 7%, cecah $0.25.

Bagi DeFi pula, jumlah nilai yang dikunci di seluruh platform berada di tahap tertinggi iaitu $11 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat