Selepas Penurunan Di Sesi Asia, GOLD Pamer Kenaikan Semula

594

Harga emas kembali bergerak lebih rendah ke bawah paras $1,900 per auns semula selepas pasaran menyaksikan lonjakan dagangan logam kuning tersebut pada penghujung minggu lalu ketika laporan Presiden AS Donald Trump disahkan positif Covid-19.

Pada dagangan Jumaat lalu, harga emas pada carta XAU/USD telah pamerkan lonjakan melepasi 1900.00 mencapai paras ketinggian 1917.00 sebelum pergerakan harga perlahan dan menutup dagangan minggu lalu di paras sekitar 1900.00 semula.

Memulakan dagangan pada minggu ini, harga emas bergerak membuat penurunan di bawah paras 1900.00 dan juga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga.

Jika keadaan kesihatan Trump semakin buruk, matawang safe-haven US dolar boleh mengukuh semula dan menekan harga emas ke paras lebih rendah.

Namun, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang agak bercampur diterbitkan pada minggu lalu berkemungkinan akan membantutkan pengukuhan matawang utama tersebut.

Jika dilihat pada petunjuk awal corak penurunan harga emas pada awal minggu ini, penurunan dijangkakan akan ke paras sekitar 1875.00 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Jika harga berjaya melepasinya, penurunan selanjutnya dilihat akan menuju paras support pada 1850.00

Sebaliknya, jika hagra kembali menyambung kenaikan pada Jumaat lalu, harga akan cuba melepasi paras ketinggian minggu lalu.

Kenaikan seterusnya akan menjadikan paras 1938.00 pada zon SBR (support become resistance) sebagai destinasi tumpuan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat