Pasaran Minyak Dipandang Sepi, Apa Yang Berlaku?

204

Minyak mentah didagangkan stabil dalam sesi dagangan yang perlahan pada Selasa apabila pelabur mengambil langkah berwaspada menjelang mesyuarat polisi bank-bank pusat utama pada minggu ini.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent didagangkan sedikit berubah pada $92 setong, manakala dagangan minyak WTI Amerika Syarikat pula berlegar pada sekitar harga $85 setong.

Keseluruhannya, pergerakan harga minyak hampir tidak berubah walaupun pada sesi Eropah sebelum ini dapat dilihat bahawa kedua-dua penanda aras mencatat penyusutan, tetapi harga kembali meningkat ke paras yang sama pada sesi New York.

Faktor yang mempengaruhi dagangan minyak tampaknya seimbang susulan pembukaan semula bandar Chengdu di China dari penutupan Covid-19 pada Isnin, sekali gus meningkatkan harapan untuk permintaan kembali pulih.

Namun, jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan bank pusat England (BOE) dilihat akan mengekang permintaan dan mengaburkan prospek terhadap pertumbuhan global.

Dari segi bekalan, Amerika Syarikat berkata ia akan mengeluarkan tambahan 10 juta tong minyak daripada rizab strategiknya memandangkan pengharaman Kesatuan Eropah ke atas minyak Rusia akan berkuat kuasa pada Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat