Pasaran Waspada Menanti Data Inflasi AS

502

Pergerakan mata wang yang berhati-hati terus menghiasi pasaran menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada malam ini.

Raja mata wang US dolar membataskan pergerakannya dengan terus berlegar di sekitar harga yang sama berbanding pesaing utama yang lain.

Menjelang penerbitan data inflasi, White House memberi amaran bahawa harga pengguna tahunan akan meningkat lebih tinggi pada Januari sehinggga mencecah 7.3% daripada 7.0% yang dicatatkan sebelumnya.

Bagaimanapun, pasaran saham Wall Street masih lagi tenang dengan ditutup hijau pada sesi New York sebelum ini yang disokong oleh lonjakan dalam sektor teknologi dan laporan pendapatan yang kukuh.

Sementara itu, mata wang euro kekal stabil di sekitar paras ketinggian satu minggu ketika pelabur menghadam kenyataan daripada penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) Francois Villeroy yang mengatakan reaksi pasaran terhadap ECB baru-baru ini adalah berlebihan.

Di samping itu, pound pula sedikit susut, memadamkan keuntungan sederhana yang dicatatkan pada sesi dagangan semalam. Ketidakpastian yang membelenggu politik dan Brexit UK merencatkan pound dari meneruskan kenaikan.

Mata wang berkaitan komoditi, dolar loonie didagangkan sedikit berubah, kurang terkesan dengan kenyataan Gabenor Bank Pusat Kanada (BOE), Tiff Macklem yang mengatakan lonjakan inflasi dipengaruhi oleh masalah gangguan rantaian bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat