Pendakwa Raya Korea Selatan Lancarkan Siasatan Baharu Terhadap Terraform Labs!

160

Susulan krisis kejatuhan kripto Terra LUNA baru-baru ini, pendakwa raya Korea Selatan mendedahkan rancangan dalam melancarkan penyiasatan baharu terhadap Terraform Labs dan eksekutifnya.

Menurut laporan Korean Herald, Pasukan Penyiasatan Bersama Jenayah Kewangan dan Sekuriti Pejabat Pendakwa Daerah Selatan Seoul telah bertemu beberapa pakar kripto dan pengawal selia kewangan untuk menyemak token Terra.

Pada waktu yang sama, pendakwa raya ditugaskan untuk mengkategorikan aset digital Terra serta token asalnya LUNA di bawah sekuriti, manakala pengawal selia kewangan berusaha untuk menentukan aset kripto yang perlu dikategorikan sebagai sekuriti dan bukan sekuriti.

Difahamkan, walaupun beberapa pakar berpendapat bahawa mata wang kripto adalah sekuriti kerana ia boleh dikeluarkan seperti saham, namun kebanyakan pelabur percaya aset digital tersebut harus diklasifikasikan sebagai komoditi disebabkan ciri-cirinya yang terdesentralisasi.

Rentetan itu, Do Kwon, pengasas Terraform Labs dan eksekutifnya akan didakwa melanggar Akta Pasaran Modal jika token Terra ditetapkan menjadi sekuriti dalam penyiasatan.

Malah, firma tersebut pernah dikenakan tuduhan menipu dan caj pengelakan cukai berikutan bencana UST pada awal Mei yang mengakibatkan kerugian lebih $60 bilion dana pelabur.

Selain itu, siasatan terbaru dibuat sebagai sebahagian daripada usaha pihak pendakwa Korea Selatan dalam meluaskan siasatannya terhadap TerraForm Labs mengenai keruntuhan dahsyat LUNA dan UST.

Oleh demikian, pihak berkuasa Korea telah meneliti beberapa individu dan entiti yang berkaitan dengan kes Terra termasuklah membantu penggubal dasar membangunkan rangka kerja undang-undang negara untuk peraturan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat