Penegasan Inflasi Oleh ECB Lagarde Beri Kelegaan Kepada Pemain Pasaran!

293

Bank Pusat Eropah masih melihat kenaikan inflasi zon Eropah baru-baru ini melebihi sasaran 2% adalah suatu yang sementara dan menjangkakan tekanan harga akan berkurangan pada tahun hadapan sepertimana yang disampaikan oleh Presiden ECB Christine Lagarde pada Khamis.

Beliau mengakui penurunan itu akan mengambil masa lebih lama daripada jangkaan awal ECB namun keadaan pembiayaan yang menggalakkan yang diwujudkan oleh dasar monetari yang longgar masih penting untuk ekonomi zon Eropah untuk pulih daripada penularan pandemik Covid-19.

Menurut Lagarde, ECB melihat inflasi akan terus meningkat dalam tempoh terdekat namun dijangkan akan menurun pada tahun hadapan. Tambah beliau, yang menjadi pemacu utama inflasi ialah peningkatan harga tenaga dan halangan dalam rantaian bekalan.

Inflasi zon euro mencecah 3.4% bulan lepas dan dilihat meningkat kepada 3.7% pada bulan Oktober dalam anggaran kilat yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Perkara ini telah menimbulkan persoalan sama ada dasar agresif ECB, pembelian bon besar-besaran dan kadar negatif ke atas deposit masih sesuai atau tidak. Lagarde memaklumkan bahawa pihak ECB telah melakukan kajian lebih mendalam, justeru ECB yakin bahawa peningkatan inflasi ini hanyalah sementara dan akan turun pada tahun 2022.

ECB pada September yang lepas melihat bahawa inflasi akan berkembang pada 2.2% pada tahun ini, 1.7% pada tahun hadapan dan 1.6% pada tahun 2023.

Matawang Euro menampilkan pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.60% kepada paras dagangan 1.1673

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat