Penganalisis Beri Saranan Positif Kepada Sektor Ini

433

Bantuan tunai bernilai hampir RM8 bilion yang diumumkan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) semalam diharapkan dapat meningkatkan sentimen dan perbelanjaan pengguna.

Perkara itu dinyatakan oleh MIDF Amanah Investment Band Bhd Research (MIDF Research).

Bernama melaporkan, firma penyelidikan itu telah meningkatkan saranannya ke atas sektor pengguna kepada ‘positif’ berbanding ‘neutral’ sebelumnya.

“Kami mengharapkan bantuan tunai ini dapat meningkatkan sentimen dan perbelanjaan pengguna berikutan peruntukan yang lebih tinggi dan mungkin akan menguntungkan sektor pengguna,” kata MIDF Research dalam satu catatan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan di bawah PEMERKASA, bantuan tunai ini akan dibayar kepada penerima yang terkesan oleh pandemik serta untuk kumpulan berpendapatan rendah.

Mengenai pengumuman kerajaan berkaitan Program Subsidi Upah 3.0 berjumlah RM700 juta dengan lanjutan selama tiga bulan lagi bagi syarikat yang harus ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MIDF Research menjangkakan program berkenaan berpotensi memberi manfaat kepada peruncit.

MIDF Research turut mengunjurkan pembukaan semula ekonomi dan pelonggaran pergerakan terkawal akan memberi manfaat kepada sektor pengguna.

“Kami mengharapkan penyesuaian ke atas prosedur operasi standard (SOP) dapat memberi lebih banyak ruang untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna kerana pengguna yang belum dapat membeli secara fizikal di kedai runcit mungkin lebih terdorong untuk keluar dan berbelanja,” ujarnya.

Selain itu, pelonggaran pergerakan terkawal juga diharapkan dapat meningkatkan sentimen, terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mei depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat