Penganalisis Kekal Penarafan Untuk Sektor Ini

267

CGS-CIMB Securities mengekalkan penarafan ‘neutral’ kepada sektor perniagaan tani negara susulan semakan semula levi eksport minyak sawit Indonesia berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, perubahan itu boleh menjadi negatif kepada pengeluar minyak sawit Malaysia sekiranya sebahagian daripada penjimatan itu disalurkan kepada pengguna, menyebabkan harga minyak sawit mentah (MSM) antarabangsa menjadi lebih rendah.

Bagaimanapun, syarikat broker saham itu agak positif kepada pemproses hiliran MSM Malaysia memandangkan semakan semula levi eksport itu mengurangkan kelebihan pemproses Indonesia.

“Malaysia akan kekal berdaya saing berbanding Indonesia dalam mengeksport MSM di bawah sistem levi eksport baharu ini berikutan kadar cukai eksport siling MSM Malaysia adalah lapan peratus lebih rendah berbanding gabungan cukai dan levi eksport Indonesia, iaitu kira-kira tujuh hingga 29% daripada harga rujukan MSM,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

CGS-CIMB berkata, perubahan utama daripada implikasi struktur levi eksport baharu itu adalah tarif, yang mana levi eksport yang mula meningkat telah dinaikkan ketika harga MSM menokok kepada lebih AS$750 satu tan berbanding AS$670 satu tan sebelum ini.

Selain itu, kadar peningkatan levi juga pada masa ini adalah peningkatan AS$20 satu tan bagi setiap kenaikan AS$50 satu tan untuk produk asas sawit seperti MSM berbanding AS$15 satu tan untuk setiap kenaikan AS$25 satu tan bagi harga MSM sebelum ini.

“Kadar levi eksport maksimum yang baharu ini adalah AS$175 satu tan berbanding AS$255 satu tan bagi struktur sebelum ini. Ini diterjemahkan kepada penjimatan berjumlah AS$80 satu tan,” jelasnya.

Kali terakhir kerajaan Indonesia menyemak semula struktur levi eksport bagi eksport minyak sawit adalah pada 10 Disember 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat