Apa Akan Jadi Pada Emas Ketika Pelabur Menantikan Data NFP?

1,124

Sentimen pasaran semasa yang bimbang terhadap penularan varian coronavirus Delta, terus menyokong dagangan emas untuk diniagakan stabil pada hari Jumaat.

Memasuki sesi Eropah, spot emas diniagakan meningkat di sekitar harga $1,777 per auns, sedikit susut dari paras ketinggian harian yang dicapainya pada hari Khamis pada $1,782 per auns.

Peningkatan kes jangkitan yang mendadak disebabkan penyebaran varian Delta yang sangat cepat, telah mengakibatkan negara-negara di Asia dan Eropah menahan dari pembukaan semula ekonomi mereka.

Hal ini menyebabkan pelabur beralih kepada aset safe-haven emas sebagai perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi.

Logam kuning itu turut meraih sokongan daripada pembacaan data PMI yang berada di bawah jangkaan pasaran. Indeks pembuatan ISM menunjukkan pertumbuhan lebih lemah daripada dijangkakan pada Jun, dengan meningkat 60.6 berbanding 61.2 yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Laporan pekerjaan NFP AS yang akan dikeluarkan pada malam ini akan menjadi tumpuan utama pasaran seterusnya, di mana ia dijangka akan meningkat sebanyak 700,000 pada bulan Jun.

Komponen pekerjaan dalam sektor pembuatan menguncup untuk pertama kali dalam tempoh 7 bulan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap angka NFP malam ini. Susulan itu, pelabur mengambil pendekatan berhati-hati dalam meletakkan posisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat