Pengerusi Pharmaniaga Letak Jawatan Semasa Omicron Mulai Melanda

8,008

Alamak Pharmaniaga hilang orang penting ni!

Pengerusi Pharmaniaga Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly telah meletak jawatannya sebagai pengarang bukan bebas dengan Datuk Seri Zainal Abidin Rafique mengambil alih jawatan tersebut.

Menurut pemfailan bursa, peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa pada 1 Februari 2022.

Bakal pengerusi Zainal Abidin yang merupakan Ketua UMNO bahagian Bukit Bintang telah memegang beberapa jawatan sebagai pengarah buat masa ini di Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Clock Tower Hotel Sdn Bhd dan QI – pmc Sdn Bhd.

Dalam satu nota berasingan, kumpulan tersebut turut mengumumkan pelantikan semula pengarah bebas Zulkifli Jaafar sebagai pengarah eksekutif.

Sebagai rekod, Shazalli dilantik sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif kumpulan farmaseutikal tersebut pada 1 Mac 2021 selepas 3 bulan dilantik sebagai pengarah urusan Boustead Holdings Bhd dan beliau juga merupakan lembaga pengarah Boustead Heavy Industries Corp Bhd sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd dari April 2017 hingga Jun 2018, Ketua Pegawai Eksekutif serantau dan naib presiden eksekutif korporat Axiata Group Bhd dari 2016 hingga 2017 dan ahli lembaga Malaysia Airline System Bhd serta pasukan petugas khas Proton Holdings Bhd.

Sementara itu, pada sesi tengah hari tadi saham Pharmaniaga didagangakan turun 0.5 sen atau 0.7% pada 71 sen dengan nilai permodalan pasaran sebanyak RM930.07 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat